"DAPATKAN KHIDMAT PENGURUSAN MAJLIS SECARA PROFESIONAL DARIPADA FLYTEAM UNTUK MAJLIS ANDA. HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA BAGI SEBARANG TEMPAHAN DAN MAKLUMAT LANJUT" Bersedia menguruskan sebarang majlis perkahwinan, jamuan, majlis-majlis formal yang melibatkan VIP, VVIP dan tetamu kenamaan, hi-tea, majlis harijadi, rumah terbuka bagi perayaan dan lain-lain. Kami bersedia untuk ke tempat anda dan menawarkan khidmat layanan bagi melancarkan majlis anda. Sedia bekerjasama dengan pihak katering dan individu yang memerlukan perkhidmatan pramusaji.Misi kami dalam bidang ini adalah untuk membawa khidmat urusan servis dalam setiap majlis ke arah standard yang baru serta menawarkan khidmat setanding dengan tahap profesionalisme yang tinggi.

Saturday, June 14, 2008

Fly TEAM - Majlis Perkahwinan





















Perkahwinan memang sesuatu yang diimpikan oleh setiap pasangan, saat-saat hari bersejarah tersebut sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan. Sinonim dengan itu, majlis perkahwinan akan diadakan bagi meraikan kedua mempelai. Saat indah tersebut hanya datang sekali sahaja, dan semestinya pihak keluarga serta kedua mempelai menginginkan suasana majlis yang berjalan dengan lancar dan teratur. Tatkala kedua mempelai diijabkabul, upacara menepung tawar, berinai, bersanding dan seterusnya makan beradab, sudah semestinya hati ibu bapa dan pasangan pengantin resah mengharapkan majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maklum lah kenangan manis seperti ini bukannya selalu dilalui.

Bercerita tentang persediaan majlis perkahwinan, kadangkala ianya bermula berbulan lamanya sebelum majlis berlangsung. Pelbagai perkara perlu diperincikan bagi menjamin kelancaran majlis tersebut. Walaupun kos telah ditentukan, ramai diantara kita terlepas pandang bagi kos-kos yang dianggap remeh, tetapi sebenarnya amat membantu bagi melancarkan majlis. Untuk itu Fly TEAM ingin memudahkan anda serta memperincikan lagi perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi melancarkan sesuatu majlis perkahwinan.

Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira ialah:

1- Kos kenduri, merangkumi nasi dan lauk-pauk, kuih-muih, minuman serta menu untuk makan beradab bagi kedua mempelai.

2- Kos upah penanggar (pembantu-pembantu).

3- Kos khemah lengkap dengan kerusi dan meja serta alas dan kain khemah yang mengikut tema warna majlis perkahwinan.























4- Kos perkakasan membasuh pinggan serta sabun basuh.

5- Kos barang dulang hantaran, pelamin, mak andam, bunga telur serta souvenier untuk tetamu yang hadir.

6- Kos penginapan dan pengangkutan untuk rombongan pengantin yang berada agak jauh dari lokasi majlis perkahwinan.

7- Kos kad jemputan dan setem.

8- Kos pasukan kompang dan deejay.

9- Kos luar jangkaan.






















Selain daripada belanjawan di atas, anda juga perlu mengagih-agihkan tugasan. Jika tidak memerlukan khidmat katering, tugasan memasak amat penting untuk dibahagikan peranan masing-masing. Selain itu tugas-tugas pembantu sangat memainkan peranan bagi kelancaran sesuatu majlis. Walaupun dianggap remeh, jika tidak disusun dengan teratur ia mungkin boleh mencacatkan majlis anda. Carilah orang-orang yang berpengalaman bagi membantu anda menguruskan majlis pada hari perkahwinan yang sebenar. Jika anda membuat majlis perkahwinan di hotel, anda tidak perlu memperincikan tugasan-tugasan ini kerana pihak hotel mempunyai pelayan-pelayan yang mampu menjamin kelancaran majlis.

Bagaimana pula jika majlis anda tidak diadakan di hotel? Kami ada jawapannya. Fly TEAM menawarkan khidmat urusan pembantu-pembantu lelaki dan wanita yang lengkap beruniform dan berdisplin serta cekap dalam menguruskan sebarang majlis perkahwinan, jamuan, majlis-majlis formal yang melibatkan VIP, VVIP dan tetamu kenamaan, hi-tea, majlis harijadi, rumah terbuka bagi perayaan dan lain-lain. Kami bersedia untuk ke tempat anda, menawarkan khidmat layanan bagi melancarkan majlis anda.

Pengalaman selama lebih dari 10 tahun dalam bidang ini, kami menjamin yang terbaik bagi kelancaran perjalanan majlis anda. Fly TEAM terbang dengan wawasan dan inovasi tersendiri dan sentiasa mendapat respon yang positif daripada khalayak masyarakat. Kami telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak katering merangkumi kawasan Seremban, Bangi, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Kelang. Hubungi kami untuk sebarang perundingan khidmat katering dan khidmat professional Fly TEAM.


Perkhidmatan Catering & Services
Fly TEAM
Mohd. Faisal Bin Ibrahim
H/P : 012-308 1620
Email: faisal_flyteam@yahoo.com
























Trivia: nama Fly TEAM diilhamkan berdasarkan penglibatan pengurus Fly TEAM dalam Royal Malaysian Air Force (RMAF). Kumpulan Fly TEAM turut menggunakan khidmat pekerja tambahan yang terdiri daripada anggota tentera serta pelajar IPT yang melakukan kerja sambilan bagi melancarkan urusan majlis anda. Kami menjaminkan tahap professional yang tinggi berdasarkan pengalaman dan tenaga kerja kami. Misi kami dalam bidang ini adalah untuk membawa khidmat urusan servis dalam setiap majlis ke arah standard yang baru serta menawarkan khidmat setanding dengan tahap professionalisme yang tinggi.

Fly TEAM ~ It's Not Just Service, It's a Masterpiece